|
|
| Thursday, 24-Dec-2009 16:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selangor Ria 2009, Shah Alam, Selangor
|
|
Date : 24 Dec 2009
Tempat : Tempat Letak Kereta Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor
Program : Selangor Ria 2009
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Dec-2009 07:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chinese Wedding 2009
|
|
27 April 2009 telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Cina secara olok-olok yang telah dianjurkan oleh Pelajar-pelajar DHK 3 Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Dewan Banquet, JH. Majlis yang berlansung dengan penuh adat istiadat kaum Cina ini ketuai oleh Hurul Nurain bt
Mohd Kamal selaku pengerusi projek bagi memenuhi kursus Pengurusan Majlis H4033 yang dipantau oleh Cik Nurul’Ain Mustafa .
Majlis yang bermula tepat jam 2.00 petang itu dimulakan dengan perarakan masuk pengantin ke Dewan Banquet diiringi Tarian Singa dan paluan gendang yang dibawakan khas dari Sg Besar. Seterusnya, pihak pengantin di bawa ke atas pentas utama untuk menyempurnakan Upacara Meminum Teh. Upacara ini memberi simbol kebahagian berpanjangan.
Setelah selesai upacara meminum teh, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan besar. Menu istemewa ini telah disediakan oleh pelajar-pelajar DHK5 sendiri dan disajikan secara hidangan Cina atau Chinese Set di mana makanan dihidangkan satu persatu dan mengunakan chopstik. Ketika para tetamu menjamu selera, tarian kipas dipersembahkan bagi menghiburkan para tetamu.
Secara amnya, majlis ini secara tidak langsung memberi informasi yang berguna bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada tetamu yang hadir mengenai adat perkahwinan di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Dec-2009 01:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Pengantin Baru (http://myusofyaakob.fotopages.com)
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Dec-2009 07:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Culinary Art Exhibition 2009
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Nov-2009 09:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Culinary Exibition 2009..Well Done!
|
|
Pada tanggal 16 Nov 2009, telah berlangsungnya Culinary Art Exihibition 2009 atau Pameran Seni Culinari di Dewan Banquet Jabatan Hospitaliti (JH) yang mana telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Akademik PSIS, Pn Nik Zaleha binti Nik Manap . Pameran yang bermula dari jam 8.30am itu berakhir pada jam 4.00 pm.
Pameran seni kreatif ini telah dianjurkan oleh pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering semester lima bagi memenuhi kursus Pengurusan Majlis H4033 dibawah seliaan Cik Nurul’Ain Mustafa dan En Mohamad Kazar bin Razali sebagai pensyarah kursus .
Di dalam pameran tersebut para pengunjung telah dipertontonkan dengan Seni Mentega (Butter Sculpture), Seni Ukiran sayur-sayuran dan buah-buahan, Seni Kek Fondant, Seni Penghasilan Coklat dan Seni Membuat Roti keras (Hard Dough) daripada pelajar DHK 6 bagi memenuhi Kursus Projek di bawah tunjuk ajar pensyarah-pensyarah di Jabatan Hospitaliti sendiri. Kesungguhan peserta pameran terselah dengan setiap daripada mereka mempamerkan produk pameran mereka dengan tema dan gaya yang tersendiri. Latihan bagi menghasilkan produk telah dilakukan semenjak 3 bulan sebelumnya. Hasil usaha dan sentuhan kreatif mereka ini pastinya membuka mata dan minda para pengunjung terutamanya pelajar-pelajar junior yang baru bertatih di dalam industri perhotelan ini.
Selain itu juga, pameran ini dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Menebar Roti Canai dan Teh Tarik. Menariknya acara ini telah diserikan lagi dengan penyertaan Ketua Jabatan Hospitaliti, En Abdul Kamil bin Abdul Aziz yang mencabar peserta-peserta lain yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah JH.
Di samping itu juga, dua buah restoran makanan segera yang popular di Malaysia iaitu Mc Donald dan Nando’s telah mengadakan temuduga terbuka bagi mencari Pengurus Latihan yang berkelayakan. Mc Donald diwakili oleh En Mohd Fared A Manaf iaitu Pengawai Sumber Manusianya manakala En Irwan Ab. Karim selaku Pengurus Sumber Manusia mewakili Nandos.
Walaupun di akhir pameran tersebut terpancar wajah letai dikalangan pihak penganjur dan peserta pameran tetapi rata-rata mereka berasa puas dengan apa yang mereka usahakan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Nov-2009 05:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Culinary Art Exibition 2009
|
|
16.11.09
Banquet Hall, Hospitality Department of Politeknik Sultan Idris Shah, MALAYSIA
Culinary Art Exibition,
organized by Dip. in Hotel Management's student, sem 5 and product produced by sem 6s' student
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Oct-2009 08:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JH OPEN HOUSE - GLAMOUR RAYA 2009
|
|
JH OPEN HOUSE - GLAMOUR RAYA 2009
Pensyarah Modul : Nurul'Ain Mustafa dan Mohd Kazar
Pelajar : DHK 5
Ketua Program : Mohd Zahidi
17.10.09
Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan Idris Shah
17 OKT 2009 telah berlangsungnya sambutan Hari Raya Aidilfitiri Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Dewan Serbaguna PSIS. Majlis yang bertemakan JH Glamour Raya itu telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHK) semester ke lima yang diketuai oleh Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly. Majlis ini diadakan bagi memenuhi kehendak kursus Pengurusan Majlis
H4033 di bawah seliaan Cik Nurul Ain Mustafa sebagai pensyarah kursus.
Majlis yang bermula tepat jam 8.00 malam itu dimulakan dengan perarakan masuk Pengarah PSIS, En Dzulkifli bin Ismail dengan alunan kompang dan seterusnya dipersembahkan pertunjukan silat. Dalam ucapan rasminya beliau ada mengingatkan kepada pelajar-pelajar Jabatan Hospitiliti amnya dan Hotel dan Katering khususnya, agar menjaga reputasi jabatan sebagai jurusan yang mempunyai aras kebolehpasaran pelajar-pelajarnya yang tinggi. Walaubagaimana, kualiti pelajar itu sendiri perlu dititikberatkan dengan menggabungjalinkan di antara kemahiran dan pengetahuan sejajar dengan kehendak industri.
Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan acara nyanyian, tarian dan sketsa yang bertemakan Hari Raya sambil menjamah juadah yang disediakan sendiri oleh pelajar DHK5. Kira-kira 600 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar Jabatan Hospitaliti, pensyarah-pensyarah PSIS, jemputan-jemputan luar telah memeriahkan majlis. Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar DHK5 di atas mengurusan majlis yang teratur dan berjaya lancar.
[img]
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Feb-2009 04:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Pengantin Baru En Zamzuri
|
|
Selamat Pengantin Baru kepada En Zamzuri yang telah diijab kabulkan pada 16 Januari bersama pasangannya Afiah Bt. Sheikh Ismail.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jan-2009 06:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Amal Cuci Kereta
|
|
Nama Program : Program Amal Cuci Kereta
Tarikh : 13 Jan 2009
Tempat : Ruang Rekreasi Jabatan Hospitaliti
Pensyarah : Mohd Redzuan Abu Hassan
Pelajar : DHK 3
Program Amal Cuci Kereta telah dijalankan bagi mengutip derma bagi disalurkan ke Tabung Palestine. Program ini telah dilaksanakan di Ruang Rekreasi Jabatan Hospitaliti pada 13 Jan 2009 oleh pelajar-pelajar Diploma Hotel dan Katering semester ketiga di bawah seliaan En Mohd Redzuan Abu Hasan selaku pensyarah modul Kepimpinan.
Sambutan bagi program ini memang mengalakkan dan diluar jangkaan. Walaupun pintu kaunter dibuka jam 8.00 pagi tetapi kereta pertama yang datang tempat tersebut seawal 7.50 pagi.Lebih kurang 50 buah kereta dan motosikal telah berjaya dicuci. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah dan pelajar yang komited melaksanakan program tersebut. Semoga aktiviti murni sebegini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jan-2009 03:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anjung Cafe dan siap - Frasa 1
|
|
Fasa 1 ni ..memfokuskan pengubahsuaian dibhagn siling, air corn dan lampu..Fasa 2 pula bahagian lantai dan Fasa 3 more to interior ...so sama2 la kita tunggu
|
|
|
|